8:62
وَإِن يُرِيدُوٓاْ أَن يَخۡدَعُوكَ فَإِنَّ حَسۡبَكَ ٱللَّهُۚ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَيَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٦٢
Wahai Muhammad, sekiranya kaum kafir hendak memperdayakan kamu, cukuplah Allah menjadi penjamin keselamatan kamu. Allah adalah Tuhan yang menguatkan hatimu dengan memberikan pertolongan kepadamu dan kepada kaum mukmin.